Tuesday, March 17, 2009

Pemain Paling Bekerja Keras

Menjadi bintang bolasepak tidak semestinya anda akan selesa di atas padang tanpa perlu mengeluarkan titik peluh yang banyak. Pemain-pemain hebat di Eropah kebanyakkannya bermain bermatian di atas padang berjuang untuk kemenangan TANPA MENGIRA STATUS BINTANG MEREKA.

Semangat sebegini harus diteladani pemain-pemain Malaysia. Pemain-pemain hebat ini seolah-olah akan bersatu jiwa dengan bola bila bola berada di kaki mereka. Berlari segenap padang untuk mendapatkan bola.

Pemain-pemain yang disenaraikan antara paling bekerja keras adalah seperti Alfredo Di Stefano, Josef Masopust, Dave Mackay, Giacinto Facchetti, Berti Vogts, Johan Cruyff, Toninho Cerezo, Ivan Zamorano dan Luis Enrique. Mereka semua ini legenda.

Sekarang kita boleh lihat kesungguhan pemain seperti Gennaro Gattuso, Daniele De Rossi, Jakub Blaszczykowski, Torsten Frings, Dirk Kuyt dan Carlos Tevez yang hampir mengharungi setiap penjuru padang. Kita boleh lihat juga bagaimana Rooney berlari dari bawah mendapatkan bola walaupun beliau seorang penyerang ataupun Gerrard yang hampir tak pernah berhenti berlari sepanjang perlawanan.

Demikianlah beberapa nama yang dikenal pasti. Seharusnya menjadi ikutan kepada pemain-pemain negara kita. Yang semestinya ramai lagi pemain-pemain antarabangsa yang bermain bersunguh-sungguh untuk pasukan masing-masing. Kerana apa? Kerana semangat dan kerana wang juga mungkin..

No comments:

Post a Comment