Monday, March 16, 2009

Hamstring


Kita sering mendengarnya dan membacanya apakala menonton dan membaca berita-berita sukan. Malahan, kecederaan hamstring ini sering sahaja menghantui pemain-pemain Liverpool. Mangsa terbaru, kapten Liverpool Steven Gerrard. Tapi apakah kita benar-benar mengetahui hal berkaitan hamstring ini? Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang hamstring:

1. Hamstring sebenarnya merupakan 3 otot utama yang mengunjur dari bahagian pelvis (pinggang) manusia lalu merentasi sendi lutut sehingga berakhir sama ada di tulang fibula (tulang keting) mahupun di tulang tibia (belakang keting) bergantung kepada jenis otot yang tiga itu.

2. Otot hamstring berfungsi untuk menahan kaki yang memijak tanah ketika seseorang pemain itu sedang memecut dan dalam masa yang sama menganjalkan pergerakan pinggang supaya kaki yang satu lagi dapat maju ke hadapan.

No comments:

Post a Comment